Tuesday, June 12, 2018

BAB 5 : PERATURAN DAN CARA TRADE ( SOP ) TRADE KEFAHAMAN ZON A

Okay bab ini paling penting sekali selain money management. Anda perlu ikut peraturan dan cara trade ( SOP ) untuk trade kefahaman zon A ni. Potensi win rate adalah 85% mengikut pengalaman saya. 15% bakinya adalah market batal/berisiko.

Peraturan trade :
1) buy di low
2) sell di high
3) follow proper money management

Cara trade ( SOP ) :
1) lihat bentuk market (guna TF H1 sahaja), jika market sebelum di low ( bawah ), pada hari berikutnya kita fokus buy sahaja. Jika market sebelum berada di high ( atas ), pada hari berikutnya kita fokus sell sahaja. Jika market sideway dalam atau luar zon A, lihat kedudukan market 2 atau 3 hari sebelumnya. Jika kedudukan market 2 atau 3 sebelumnya di high, maka hari ni fokus sell dan sebaliknya.
2) Trade pada waktu petang sahaja bermula jam 2 PM dan ke atas. Namun boleh entry lebih awal jika yakin dengan analisa.
3) Pastikan candle keluar zon A. Jika candle bersaiz besar iaitu 50 pips ke atas keluar zon A, elok jangan trade sebab biasanya candle ini adalah trick sahaja.
4) Lepas dah letak order, letak SL dan TP mengikut money management.
5) ada 4 pair utama utk TKZA ini :
a) GBPUSD
b) GBPJPY
c) EURUSD
d) EURJPY
namun boleh juga entry di pair lain dan tidak digalakkan entry di pair exotic seperti USDMXN, USDTRY dan lain-lain kerana pair exotic teramat ganas dan berisiko!.


p/s : hati-hati bila candle muncul doji sebab biasanya doji menandakan market akan putar arah atau akan muncul candle besar.

TIPS !
Perbanyakkan lukis market yang lepas-lepas. Sebab bentuk market sentiasa berulang. Lebih banyak anda lukis bentuk market, lebih cepat kefahaman anda akan dapat. Jangan lupa bezakan bentuk-bentuk market yang anda lukis ya!. 


TAHNIAH! ANDA KINI TELAH TAMAT PENGAJIAN DI DALAM TRADE KEFAHAMAN ZON A. SEMOGA APA YANG SAYA KONGSIKAN MENJADI ASBAB KEJAYAAN KALIAN. JANGAN LUPA UNTUK PERBANYAKKAN SEDEKAH DAN TOLONG ORANG YANG KESUSAHAN!. 

No comments:

Post a Comment