Saturday, February 22, 2020

REVIEW MARKET BATAL GBPJPY 21 FEBRUARI 2020


Penjelasan : Okay, kedudukan market sebelum adalah berada di atas, jadi hari ni 21 feb kita fokus sell. Candle jam 3pm dah break low zon A dan sepatutnya kita sell jam 4pm. Malangnya candle 4pm membuat rejection. Sepatutnya selepas candle jam 4pm close kita sudah boleh cut loss sebab ada rejection. Jika nak hold, letak stop loss pada high zon A. Namun bukan rezeki kita, selepas beberapa jam, market gbpjpy membuat sell cross zon A dan ianya batal atau invalid. Mana-mana market yang membuat sell cross zon A di atas, maka ianya batal. Boleh batal juga jika market membuat 2 bentuk dan ke atas dalam 1 hari. 

REVIEW TRADE TKZA USDCHF 21 FEBRUARI 2020


Penjelasan : Okay kalau tengok kedudukan market. market sebelum iaitu 20 feb adalah sideway dan kena tengok 2 hari sebelum. 2 hari sebelum market berada di atas so hari ni iaitu 21 feb kita fokus sell. Kalau kita tengok candle jam 9am ia telah break low zon A dan SOP kita, kita trade jam 2pm ke atas. Sebenarnya boleh sell jam 10am jika yakin dengan analisa. Jika kurang yakin kita tunggu jam 2pm ke atas. Pada screenshot di atas, kita sell jam 3pm dan win 61 pips. Okay kan?. Bentuk market usdchf untuk 21 feb 2020 adalah sell reject low zon A.

Saturday, February 8, 2020

REVIEW MARKET BATAL GBPJPY 7 FEBRUARI 2020


Penjelasan : market batal adalah market yang tak valid. Menurut screenshot di atas, sepatutnya kita fokus buy sebab market sebelum berada di bawah. Malangnya market 7 feb 2020 membuat buy cross zon A dan ini menandakan market gbpjpy adalah batal. Sebab itu kena letak stop loss. Jika diperhatikan pada jam 12pm dan 1pm, candle2 tersebut berbentuk doji dan doji menandakan 2 keadaan samaada market putar arah atau akan muncul candle besar. Tiada teknik yang sempurna. Semua ada kelemahan masing-masing dan kita kena akur akan perkara ini. Jangan risau. Mengikut pengalaman saya, market valid lebih banyak dari market batal. 

nota : Jika market berada di bawah membuat buy cross zon A maka ianya batal. Jika market di atas membuat sell cross zon A, ianya batal.

REVIEW TRADE TKZA GBPAUD 7 FEBRUARI 2020


Penjelasan : GBPAUD antara cross pair yang menarik untuk di trade. Pergerakannya agak laju seiring dengan dengan GBPJPY. Biasanya pair ini aktif pada asia session dan mereka yang suka trade pada waktu pagi boleh pilih pair ini untuk trade. Baiklah, melihat pada screenshot di atas, kita kena tahu kedudukan market samaada market sebelum berada di bawah atau di atas atau sideway. Market 6 Feb 2020 sideway dan kita kena lihat market sebelumnya lagi iaitu pada 5 feb 2020 dan kita dapati market 5 feb 2020 berada di bawah atau dalam keadaan menurun jadi pada 7 feb 2020 kita fokus buy sahaja. Jika kita lihat pada bentuk market 7 feb ini, ianya adalah berbentuk buy reject high zon A. Jam 3pm muncul candle buy agak besar menandakan buyer masuk. Jadi, kita boleh buy jam 4pm dan win 125 pips!. Bestnya TKZA ni... 

Open Market

Biasanya bulan april sampai oktober, open market jam 5am. Bulan november sampai mac, open market jam 6am. Boleh kira manual untuk tentukan zon A dimana..

untuk gold open market jam 6am dari april sampai oktober dan untuk november sampai mac, open market gold jam 7am. 

*Sila rujuk broker instaforex, tifia,tickmill dan lain-lain

Friday, February 7, 2020

REVIEW TRADE TKZA EURAUD 7 FEBRUARI 2020

Mungkin ada kat sini yang minat trade pair EURAUD. Di bawah ini screenshot pair EURAUD yang bertarikh 7 Februari 2020. 


Penjelasan : Pair EURAUD ini adalah antara pair yang digemari ramai trader. Biasanya kalau EURAUD naik, AUDUSD akan turun dan sebaliknya. Baik, jika dilihat pada screenshot di atas, candle jam 10 am break high zon A dan kenapa tidak buy jam 11 am?. Jawapannya sebab SOP TKZA ini kita trade pada jam 2 pm ke atas. Boleh je nak buy jam 11 am tapi kena banyak bersabar la sebab biasanya market suka reverse selepas break high atau low zon A. So, kita lihat cs jam 3 pm break high zon A dan kita buy jam 4 pm dan win 56 pips. Ok la kan?. Kalau trade pair ini, boleh TP 50 pips sebab pergerakkan EURAUD lebih besar dari AUDUSD.. tak gituew?

Oh ya! Kenapa fokus buy pada 7 feb 2020? jawapannya sebab market 6 feb 2020 berbentuk sideway jadi kena lihat pada market 5 Feb 2020. Market 5 Feb 2020 berada di bawah @menurun jadi pada 7 feb 2020 kita fokus buy. Mudah kan?

REVIEW TRADE TKZA GOLD 7 FEBRUARI 2020

Kat sini ada peminat GOLD tak? Saya rasa ramai minat GOLD sebab pergerakkannya yang laju lagi mendebarkan jiwa haha.. Okay ni review trade tkza GOLD.. 


Penjelasan : Okay kalau kita lihat bentuk market hari sebelum iaitu pada 5 feb 2020, ianya sideway dan kita kena lihat kedudukan market sebelumnya lagi iaitu pada 4 feb 2020. Market 4 feb 2020 berada di bawah jadi pada 6 feb 2020 kita fokus buy. Jika dilihat pada bentuk tkza, ianya berbentuk sell cross zon A. Candle jam 2 pm break high zon A dan kita buy jam 3 pm dan win 97 pips. Best kan tkza ni? :)

p/s: open market gold jam 7am.. sebab tu kalau tengok kat chart sy mark zon A pada candle yang ke-2