Haa.. Bab ni ramai yang tertanya-tanya. Nak take profit ( TP ) berapa banyak?. Bagi saya bergantung pada pair yang kita trade. Kalau pair EURUSD, 20 pips dah cukup. Kalau pair GBPUSD, boleh TP 50 pips sebab pergerakan pair ni lebih besar dari EURUSD. Berapa banyak pips yang anda target, anda mestilah trade di market yang cantik. Means, bentuknya cantik. Kalau bentuk tak cantik, harapan untuk TP menjadi tipis. Kalau tanya saya antara GBPUSD dan EURUSD, mana lagi best? Jawapannya ikut selera masing-masing. EU sedap untuk scalping sebab banyak bentuknya sideway. GU pula sedap untuk hold atau swing sebab bentuknya selalu menaik atau menurun.
Jadi terpulang berapa pips anda nak ambil. Kalau anda ingin hold untuk dapat lebih pips, maka lebih baik sekiranya anda letak breakeven. Kalau price putar arah anda tidak rugi apa-apa.. Selamat bertrading!.
No comments:
Post a Comment