Friday, January 31, 2020

REVIEW TRADE TKZA USDCAD 29 JANUARI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada peminat USDCAD tak kat sini? Kalau minat, ini review trade USDCAD pada market 29 Januari 2020..


Peraturan trade kita buy at low, at sell at high. Market 28 Jan 2020 berada di bawah jadi 29 jan 2020 kita fokus buy. Candle jam 3 pm break zon A dan kita boleh buy jam 4 pm dan win 36 pips. Biasanya pergerakan USDCAD tidak besar  kecuali news. Cukuplah ambil TP dalam 20-30 pips. Bentuk TKZA USDCAD 29 Januari 2020 ialah buy reject high zon A.

Tuesday, January 28, 2020

REVIEW TRADE TKZA GOLD 28 JANUARI 2020

Ada yang minat trade GOLD tak? Hari ni TKZA GOLD valid.. bentuk dia sell reject low zon A.. win 77 pips.. sy terlepas peluang sebab baru tgk chart GOLD..


UNTUK STUDENT BARU BELAJAR, TENGOK POST-POST AWAL DAHULU

Selamat datang ke blog TKZA special. Jika anda betul-betul minat untuk study TKZA ini, mulalah dengan bab 1 hingga bab 5 dahulu. Boleh lihat pada blog archieve di tahun 2018 punya dan study pelan-pelan.. Semoga berjaya!

REVIEW MARKET BATAL GBPUSD 27 JANUARI 2020

Seperti dalam bab market batal, jika market membuat 2 bentuk atau lebih dalam sehari, ianya batal atau invalid. Market valid boleh jadi batal pada bila-bila masa sahaja sebab itu perlu ada stop loss. Tiada teknik yang sempurna. Masing-masing ada kelemahan tersendiri. Jika loss, kita terima sahaja dan itu adat dalam bisnes ini..


market di atas pada mulanya membuat bentuk sell cross zon A.. kemudian ia membuat bentuk buy cross zon A.. Jadi market 27 Jan 2020 ini telah membuat 2 bentuk dalam sehari dan ianya dikira batal.

Monday, January 27, 2020

NAK LUKIS MARKET GUNA PC/LAPTOP ATAU PHONE?

Bagi saya, lebih elok guna PC/laptop untuk lukis market yang lepas-lepas, viewnya lebih besar dan mudah untuk faham. Kalau perhatikan screenshot yang saya kongsi dalam blog ini, semuanya guna laptop. Untuk edit gambar, kalian boleh guna aplikasi Photoscape. Taip sahaja di google 'download photoscape' dan anda boleh download secara percuma.

Lukis market yang lepas-lepas dan bezakan mengikut bentuk. Ada yang valid dan ada yang batal atau tidak valid. Bila selalu lukis market, kita akan mudah faham. Boleh tengok cara saya lukis market di screenshot post-post sebelum. Semoga berjaya!.

Sunday, January 26, 2020

ADAKAH TKZA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PAIR EXOTIC?

Jawapannya boleh sebab TKZA ni boleh digunakan pada hampir semua pair.. yang penting kalau nak entry, kena ikut SOP..bila follow SOP sudah tentu ada peluang yg tinggi utk profit.. tak gituew? tengok SS di bawah :





ni pair USDMXN.. jarang orang trade pair USDMXN sebab spreadnya 8 pips (broker instaforex).. bagi sy besar tetapi berbaloi sebab range daily USDMXN ni lebih 100 pips.. cuba tengok SS di atas, 140 pips dalam tangan.. best kan TKZA ni? mudah je..

KALAU MARKET SEBELUMNYA SIDEWAY APA NAK BUAT?

Lihat screenshot di bawah ini 



Jika market sebelum dalam keadaan sideway maka kena tengok hari sebelumnya iaitu 2 hari sebelum market hari ini ( 21 Jan 2020 ).. Market 2 hari sebelum iaitu pada tarikh 17 Jan 2020 berada di bawah, so hari ini ( 21 Jan 2020 ) kita fokus buy.. Mudah kan? :)

REVIEW TRADE TKZA BITCOIN 26 JANUARI 2020

Kat sini ada yang trade bitcoin tak? Kita boleh guna TKZA kt bitcoin. Sy tak trade bitcoin kat insta sebab spreadnya terlalu besar.. yang bestnya tentang bitcoin ini adalah kita boleh trade hari-hari..sabtu dan ahad pun kita balun trade.. hahaha..screenshot di bawah ini memang sy dh jelaskan dengan detail.. lebih detail dari ss sebelum ni..



Kalau kita tengok candle jam 11 AM dah break high zon A maka kita buy jam 12 PM.. Jap.. dalam SOP kata kena trade jam 2 PM ke atas tapi kenapa yang ni buy jan 12 PM? Sebenarnya kita boleh entry awal cuma tak digalakkan.. yang ni sebab bentuk dia jelas itu la yang sy yakin untuk buy jam
12 PM.. 120 pips dalam tangan..ok ke ok? hehe..

KENALPASTI HIGH DAN LOW ZON A


REVIEW TRADE TKZA GOLD 21 JANUARI 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Okay mungkin ada yang tertanya-tanya samaada boleh atau tidak TKZA ni gunakan untuk pair GOLD. Jawapannya BOLEH. 



Saya guna broker instaforex untuk review pair gold di atas. Okay, kalau ikut SOP, memang sudah follow SOP kerana SOP yang paling penting adalah dimana kedudukan market. Jika market di atas kita fokus sell..jika market di bawah kita fokus buy.. market 20 Januari itu kedudukannya di atas jadi 21 jan 2020 fokus sell. Untuk broker instaforex, cs zon A adalah yang kedua sebab open market jam 7 am... Di awal pagi market menaik kemudian ia menjadi doji selama 5 jam dan candle jam 3 pm ia membuat cross zon a atau break zon A.. so tanpa ragu-ragu kita sell jam 4 pm dan yeah kita win 130 pips. Tetapi untuk pair gold, kita target 50 pips sahaja dah mencukupi..

REVIEW MARKET BATAL EURUSD 13 JANUARI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post-post yang lepas saya ada share market yang valid kan? Now kita tengok market yang batal atau tidak valid. Ya, dalam TKZA sememangnya ada market yang valid dan tidak valid. Tiada teknik yang perfect. TKZA ini pun ada kelemahannya. Kelemahan TKZA adalah apabila market sedang trending. Di bawah ini screenshot market batal EURUSD.


Sekarang kita tengok kedudukan market. Adakah kedudukan market berada di bawah atau di atas maka kena tengok market sebelumnya iaitu pada 12 Januari 2020. Kedudukannya berada di atas jadi sekarang iaitu pada 13 Januari 2020 kena fokus sell. Kalau lihat pada cs jam 5 pm, dia dah break low zon A. Jadi kita boleh sell jam 6 pm. Tetapi malangnya market menaik bermula jam 7 pm hingga 1 am. Sebab itu perlu adanya stop loss. Walaupun market nampak valid, ianya boleh jadi batal pada bila-bila masa dan market batal tidak boleh jadi valid. Setiap trade wajib ada stop loss sebab kita tidak tahu bila market akan menjadi 'gila'. Seperti dalam bab market batal, market EU 13 Januari 2020 membuat bentuk sell cross zon A di high.

Saturday, January 25, 2020

REVIEW TRADE TKZA GBPUSD 24 JANUARI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam weekend. Cuti-cuti ini elok guna masa untuk ulangkaji market yang lepas-lepas. Okay jom review market GBPUSD yang bertarikh 24 Januari 2020



Kalau tengok kedudukan market, market 23 Januari kelihatan sideway jadi perlu tengok kedudukan market pada 22 Januari. Kedudukan market 22 Januari berada di atas, jadi hari ini ( 24 Januari ) kena fokus sell. Candle jam 5 PM cross zon A atau break zon A jadi kita sell jam 6 PM. Bentuk market 24 Januari ni adalah buy cross zon A. Kalau kira pips, boleh dapat 36 pips. Okay la kan?. Tuan-tuan dan puan-puan kena banyak lukis market.. Nanti akan sampai kefahaman mana market valid mana market batal. InshaAllah kalau ada market batal saya akan review pada post yang akan datang supaya kalian faham TKZA ini. TQ

Friday, January 24, 2020

REVIEW TRADE TKZA GBPNZD 23 JANUARI 2020

Alhamdulillah, mulai hari ini saya akan kongsikan screenshot review trade pair-pair seperti EURUSD, GBPUSD, EURJPY, GBPJPY dan lain-lain yang berkaitan.

Semalam iaitu pada 23 Januari 2020 yakni pada pair GBPNZD berlaku bentuk sell reject low zon A.. Sila lihat screenshot di bawah :

                                           ( sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas )

Penjelasan : kalau kita lihat, candle jam 10 pagi break low zon A. Patut sell jam 11 am bukan? Tetapi dalam SOP kita, kita akan trade pada jam 2 pm ke atas. Biasanya kalau candle break high atau low zon A waktu pagi, jam berikutnya berlaku repair atau reversal. Baik, sekarang kita lihat candle jam 4 pm break low zon A semula. Jadi boleh sell jam 5 pm. Biasanya kalau trade pada pair GBPNZD ini, peluang nak dapat 50 pips sehari adalah tinggi. Pada screenshot di atas, kalau sell jam 5 pm sudah boleh collect 64 pips. Kalau ikut sop memang ok. Kita akan sell jika market kat atas.. kalau nak tau kat atas atau kat bawah, boleh lihat market sebelumnya.. cuba tengok market 22 Januari 2020, dia berada di atas kan? So 23 Januari boleh fokus sell. Mudah kan?. Hanya follow SOP sahaja boleh beri 90% win rate. Selebihnya adalah market batal atau invalid. 

Selamat bertrading guys..