Sunday, January 26, 2020

REVIEW MARKET BATAL EURUSD 13 JANUARI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post-post yang lepas saya ada share market yang valid kan? Now kita tengok market yang batal atau tidak valid. Ya, dalam TKZA sememangnya ada market yang valid dan tidak valid. Tiada teknik yang perfect. TKZA ini pun ada kelemahannya. Kelemahan TKZA adalah apabila market sedang trending. Di bawah ini screenshot market batal EURUSD.


Sekarang kita tengok kedudukan market. Adakah kedudukan market berada di bawah atau di atas maka kena tengok market sebelumnya iaitu pada 12 Januari 2020. Kedudukannya berada di atas jadi sekarang iaitu pada 13 Januari 2020 kena fokus sell. Kalau lihat pada cs jam 5 pm, dia dah break low zon A. Jadi kita boleh sell jam 6 pm. Tetapi malangnya market menaik bermula jam 7 pm hingga 1 am. Sebab itu perlu adanya stop loss. Walaupun market nampak valid, ianya boleh jadi batal pada bila-bila masa dan market batal tidak boleh jadi valid. Setiap trade wajib ada stop loss sebab kita tidak tahu bila market akan menjadi 'gila'. Seperti dalam bab market batal, market EU 13 Januari 2020 membuat bentuk sell cross zon A di high.

No comments:

Post a Comment