Dalam bab ini, ianya berkait rapat dengan bab 3 iaitu bab market batal. Kenapa ianya berkait rapat?. Ini kerana jika market batal berlaku, loss kita berada di dalam kawalan. Untuk bertahan lama di dalam bisnes Forex, kita perlu follow proper money management. Persoalannya, apa itu proper money management?. Proper money management adalah pengurusan kewangan yang baik. Money management bukan sahaja penting di dalam bisnes Forex, akan tetapi ianya penting pada kehidupan seharian kita. Jika kita tak pandai urus wang kita, pasti kewangan kita hancur. Ini fakta yang tidak dapat disangkal lagi. Okay dalam Forex ada high risk, medium risk dan low risk. Disini saya akan kongsikan cara trade low risk sahaja. Bukan apa kalau saya kongsikan kepada anda money management yang high risk punya, takut akaun tak bertahan lama dan anda salahkan saya pula.
Okay sekarang anda cuma perlu guna formula berikut untuk tentukan lot size :
Lot size akaun standard = (modal / 10000)
Contoh jika anda guna modal $100. Maka, 100/10000 dapatlah 0.01 lot size. Berapa pula TP dan SL nya?. Anda boleh set TP dan SL kepada 50 pips SL dan 50 pips TP. Ini bermakna anda hanya risikokan 5% dari capital anda.
Now, bila perlu tambah lot size? Cadangan saya, tambah lot size bila sudah mencapai 100% profit. Contoh jika anda mengunakan modal $100, anda trade guna lot size 0.01 sehingga mencapai $200. Bila sudah capai $200 barulah anda tambah lot size menjadi 0.02. Mudah kan?.
TP dan SL anda boleh adjust mengikut kemahuan anda dan berapa risiko yang anda sanggup tanggung. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 7 tahun di dunia Forex.
No comments:
Post a Comment