Wednesday, February 5, 2020

Apa Yang Perlu Diambil Kira Jika Mahu Melukis Market Yang Lepas?

Contoh lukisan market boleh tengok post-post yang lepas. Namun apa yang perlu diambil kira jika mahu melukis market yang lepas ? :

1) perhatikan bentuk market, apa akan jadi pada London dan US session jika market pada Asia session ada banyak doji merata atau doji menaik atau doji menurun.
2) Kena tahu kedudukan market sebelum. Jika market sebelum berada di high apa nak buat untuk hari ni. Jika berada di low apa nak buat pada hari ini. 
3) Asing-asingkan bentuk market yang valid dan yang batal @ invalid. Lihat pattern dia macamana terbentuk dan kena tahu bila mahu entry. Letak arrow up @ arrow down dan close arrow pada lukisan anda.

Bila lukis market dan kita perhatikan pattern dia, lama-kelamaan kita akan faham dan ingat bentuk market valid dan yang batal. Saya kira kita kena rajin untuk melukis market yang lepas jika mahu mahirkan teknik TKZA ini. Berikan masa maksimum 2 tahun untuk anda mahirkan TKZA ini. Jika sudah capai 2 tahun tetapi masih tidak mahir, bolehlah cari teknik lain.. 

Nak Take Profit Berapa Banyak?

Haa.. Bab ni ramai yang tertanya-tanya. Nak take profit ( TP ) berapa banyak?. Bagi saya bergantung pada pair yang kita trade. Kalau pair EURUSD, 20 pips dah cukup. Kalau pair GBPUSD, boleh TP 50 pips sebab pergerakan pair ni lebih besar dari EURUSD.  Berapa banyak pips yang anda target, anda mestilah trade di market yang cantik. Means, bentuknya cantik. Kalau bentuk tak cantik, harapan untuk TP menjadi tipis. Kalau tanya saya antara GBPUSD dan EURUSD, mana lagi best? Jawapannya ikut selera masing-masing. EU sedap untuk scalping sebab banyak bentuknya sideway. GU pula sedap untuk hold atau swing sebab bentuknya selalu menaik atau menurun.

Jadi terpulang berapa pips anda nak ambil. Kalau anda ingin hold untuk dapat lebih pips, maka lebih baik sekiranya anda letak breakeven. Kalau price putar arah anda tidak rugi apa-apa.. Selamat bertrading!.

Monday, February 3, 2020

Question and Answer ( QnA )

wajib ke lukis market?yep, untuk dapatkan kefahaman, wajib kena lukis market yg lepas..kebanyakkan teknik mmg mcm tu. Tenaga pengajar akan syorkan pelajarnya untuk lukis market.

bagaimana nk lukis market, sy tak tahu..boleh tengok cara sy lukis market di bab 2 atau boleh tengok review trade pair2 yang lepas

nak lukis guna phone atau laptop?better guna laptop atau PC sebab viewnya lebih besar..

REVIEW TRADE TKZA GBJPY 3 FEBRUARI 2020




Ada peminat GBPJPY tak kat sini?. Haa,, ni market cun TKZA GBJPY. First kena tengok kedudukan market hari sebelum. Market hari sebelum iaitu 31 Jan 2020 berbentuk sideway maka kena tengok 2 hari sebelum. Yes, kedudukan market 2 hari sebelum berada di atas so hari ni ( 3 feb 2020 ) kita fokus sell. Kalau kita tengok cs jam 2 pm dan break zon A tetapi kita sell jam 4pm sebab berlaku rejection di low zon A pada cs jam 3pm. Ini menguatkan keyakinan bahawa price akan ke bawah. Boleh je sell jam 3pm sebab SOP kita, kita trade jam 2pm ke atas.. Kalau GBJPY kita ambil 50 pips ok dah..

Saturday, February 1, 2020

REVIEW TRADE TKZA USDJPY 31 JANUARI 2020


Penjelasan : Kalau kita lihat kedudukan market, ianya berada di atas. So kita akan fokus sell. Macamana nak tahu kat atas?. Kita lihat market sebelumnya. Market 29 Jan dan 30 Jan adalah sideway so kena tengok hari sebelumnya lagi iaitu pada market 28 Jan. Market 28 jan berada pada posisi menaik atau berada di atas jadi pada 31 Jan kita akan fokus sell. Mudah kan?. Kalau kita lihat pada bentuk market 31 Jan 2020, ianya berbentuk buy to sell.. Candle jam 9 pm break low zon A dan kita akan sell jam 10 pm dan win sebanyak 49 pips. Ok kan?. hehe..

Friday, January 31, 2020

REVIEW TRADE TKZA USDCAD 29 JANUARI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada peminat USDCAD tak kat sini? Kalau minat, ini review trade USDCAD pada market 29 Januari 2020..


Peraturan trade kita buy at low, at sell at high. Market 28 Jan 2020 berada di bawah jadi 29 jan 2020 kita fokus buy. Candle jam 3 pm break zon A dan kita boleh buy jam 4 pm dan win 36 pips. Biasanya pergerakan USDCAD tidak besar  kecuali news. Cukuplah ambil TP dalam 20-30 pips. Bentuk TKZA USDCAD 29 Januari 2020 ialah buy reject high zon A.

Tuesday, January 28, 2020

REVIEW TRADE TKZA GOLD 28 JANUARI 2020

Ada yang minat trade GOLD tak? Hari ni TKZA GOLD valid.. bentuk dia sell reject low zon A.. win 77 pips.. sy terlepas peluang sebab baru tgk chart GOLD..